Baucer Ini Sah Ke Atas Semua Jenis Produk Di Kedai Saudagar Kurma Seluruh Malaysia

MULAI 15 FEB 2021 - 7 MEI 2021

TONTON VIDEO DAN DAPATKAN KATA KUNCI UNTUK MENYERTAI PERADUAN

Anda dikehendaki mendapatkan 1 kata kunci daripada 6 buah episod video Aku Saudagar yang akan ditayangkan di saluran Youtube Saudagar Kurma bagi merebut hadiah yang bernilai RM100. Syaratnya, anda perlu memasukkan hanya 1 kata kunci sahaja daripada 6 video Aku Saudagar yang akan dikongsikan pada 6 tarikh yang berlainan iaitu:

15 Februari 2021 (Episod 1)

1 Mac 2021 (Episod 2)

16 Mac 2021 (Episod 3)

1 April 2021 (Episod 4)

16 April 2021 (Episod 5)

1 Mei 2021 (Episod 6)

Anda perlu memuat naik kata kunci beserta dengan bukti pembelian pada borang yang disediakan di bawah.

SELAMAT MENONTON

Klik link di bawah

SYARAT PERADUAN

1. Peraduan akan bermula dari 15/2/2021 sehingga 7/5/2021 (tamat tepat pada 11:59 malam)

2. Pemenang akan diumumkan pada 10 Mei 2021.

3. Pembelian RM25 & ke atas di mana-mana cawangan kami di seluruh Malaysia atau di kurma2u.com atau Shopee atau Lazada dalam satu resit layak menyertai peraduan ini.

SERTAI PERADUAN SEKARANG

Pembelian dari*


Sila tandakan pada ruangan kosong*

TERMA DAN SYARAT

1. Syarat dan Peraturan peraduan dan kaedah penyertaan peraduan boleh dipinda dari semasa ke semasa dan akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau penyertaan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi peraduan. Peserta amat dinasihatkan supaya melayari laman web penganjur dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka menyedari sebarang perkembangan dan perubahan yang dibuat.

2. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan, serta keputusan penganjur.

3. Baucer tunai tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan baucer ini boleh digunakan di semua cawangan Saudagar Kurma di seluruh Malaysia tidak melebihi tahun 2021.

PENGANJUR DAN KELAYAKAN

1. Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, berumur 7 tahun ke atas. Peserta berusia 7 tahun – 17 tahun perlulah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga untuk mengambil bahagian. Kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan penyertaan dibatalkan. Bukti pengenalan dokumen mungkin diperlukan.

INDIVIDU BERIKUT TIDAK LAYAK UNTUK
MENYERTAI PERADUAN INI

1. Kakitangan penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, adik beradik (dan suami/isteri mereka)); dan/atau

2. Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan masing-masing) dan ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)).

3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan peserta yang tidak termasuk dalam kategori peserta dan/atau yang melanggar Syarat dan Peraturan peraduan.

TERMA DAN SYARAT LAIN ANDA PERLU KETAHUI

Hak Penganjur

1. Penganjur atas budi bicara mutlaknya untuk menilai semula dan mengubah proses pemilihan Pemenang Hadiah yang terkandung di dalam ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.

2. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu.

3. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik penganjur dan setiap peserta membenarkan penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat peribadi peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej peserta untuk tujuan peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan, pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan peraduan. Pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

PERLINDUNGAN DATA

1. Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk memproses data peribadi peserta yang diberikan dalam borang penyertaan untuk tujuan peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di halaman peminat dan laman web.

2. Pada masa tertentu, penganjur boleh melantik pihak ketiga untuk memproses peribadi peserta. Semua pihak ketiga tersebut mempunyai kewajipan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi peserta. Semua pihak ketiga diwajibkan di bawah kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi peserta dengan sebarang cara lain kecuali yang ditetapkan di dalam ini.

KURMA2U | Peraduan 2021 CREATED BY - SYSPRO WEB DEVELOPMENT